Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh
Selawat dan Salam untuk Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat - sahabatnya, para alim ulama, para muslimin dan muslimat sekalian. Kami panjatkan segala puji kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha pemberi Pertolongan, Maha Pengampun dan Maha Melindungi. Lindungilah kami daripada segala keburukan jiwa dan kejelekkan amalan kami. Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua nikmat dalam beribadah, keimanan dan kesabaran yang tinggi, kebahagiaan di dunia dan akhirat serta berkat rahmat dalam segala apa yang di lakukan.
Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan untuk meluangkan sedikit sebanyak masa untuk memperkenalkan Hadrah Serikandi Seni kepada dunia. Walau banyak yang perlu di perbaiki dari masa ke semasa, in shaa Allah... blog ini bertujuan untuk memberikan peringatan buat diri dan ahli - ahli serta insan - insan yang sering lupa akan tujuan sebenar tentang tertubuhnya kumpulan ini.
Buah Nangka di Luar Pagar...
Ambil Galah Tolong Jolokkan ...
Kami budak Baru Belajar...
Jika Salah tolong Tunjukkan ....
Kumpulan Hadrah ani sbnrnya tertubuh pada tahun 2013, waktu muda - muda masih. Miss Nadirah pun masih kana panggil Cikgu Nadirah. Mula2 ahli2 hadrah terdiri dengan ahli perempuan sahaja, waktu atu.. kana kumpulkan khas untuk pertandingan hadrah sekolah2 menengah. Setelah berpenat lelah, berhempas pulas dengan hadrah, kana marahi oleh cikgu Nadirah, kana jamur, kana suruh balik2 mengampas sampai sakit tangan ani bangkak tekulabak apa, menyanyi lagi kana suruh nyaring2, lapas atu.. di tambah lagi dengan pergerakan.. Waduhhh.. betapa sakitnya liku - liku perjalanan Hadrah ini.. Tapi somehow, walaupun sakit.. makin pulang sayang. Entah mengapa lah.... >_<). Mungkin Ahli - Ahli hadrah Serikandi Seni boleh explainkan sorang2 dalam post yang akan datang apa sebabnya tu melakat plg dengan hadrah? Membagi musykil plg aa. Alhamdulillah, we managed to get third place. from zero to something and it is all thanks to our mentors.
Kalau kan direnung kembali kisah lama atu.. memang banyak kan di cakapkan lah.. tapi sekarang.. lets look at the whole group now. We started to be more active bila kami kana panggil for Wedding events, Convocation and then.. our confidence level plus our cinta terhadap hadrah semakin bertambah bila kami join Gema Irama 2018. That is the kemuncak cinta kami bersemi. We started to be more active in promoting our Hadrah group. Semakin ramai kami recruit in the hope that.. Seni Hadrah ani inda pupus di telan zaman.
Adakah abiskita realise.. zaman sekarang, di zaman moden... Penseni2 semakin berkurangan sudah. sebab kitani ada recording and we have speaker untuk play all that. Tapi.. sbnrnya.. byk sudah lagu2 hadrah yang hampir kan pupus di telan zaman. Sayang sekali.. bila mana budaya Brunei Darussalam atu hancur cematu saja, tanpa penapis. Jadi harapan kami sebagai ahli Hadrah Serikandi Seni, Semoga ilmu seni Hadrah ani dpt diperkembangluaskan. Bukan saja seni Hadrah, dikir dan tausyeh jua. Sedikit sebanyak, ilmu - ilmu ani dpt mendekatkan kami kpdNya jua. Cemana caranya tu untuk mendekatkan diri kepadaNya? paling penting niat... nawaitu itu sgt penting. Batasan kitani dalam berhibur dari segi Islam, Zikir jangan di lupakan, Doa sebelum dan selepas latihan dan juga.. sharing session and bonding session (muzakarah) mesti berkaitan dengan meningkatkan keimanan dan memperbaiki diri untuk menjadi muslimin/muslimah yang lebih baik. In Shaa Allah semoga Allah sentiasa melindungi kami semua dan juga readers daripada malapetaka, bala bencana dan maksiat Allahumma Ameen..
Akhir kata daripada kami,
SALAM PERKENALAN DARIPADA HADRAH SERIKANDI SENI
semoga perjuangan kita semua sentiasa di payungi Allah SWT (Amiin.. Amiin.. Amiin..)
Robbana Aatinaa fiddunya Hassanah wa Fil akhiroti Hassanah Waqina 'Azabannar.. Amiin..
Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh